Nuffnang Ads

27 Februari 2014

Edybiz.com melahirkan Usahawan Internet


EdyBiz merupakan sistem yang menghimpunkan usahawan yang merangkumi pemasar & penerbit. Pemasar terdiri daripada agen affiliate, agen dropship, pemborong & peruncit manakala penerbit pula terdiri daripada pengilang, pembekal, pengimport & pengeluar. EdyBiz diuruskan oleh syarikat Edy Marketing (No Pendaftaran SSM : MA0140712-A) yang ditubuhkan pada 16 September 2009. Bermula dengan EdyMart (version 1), EdyCart (version 2), EdyMall (version 3) dan yang terkini EdyBiz (version 4). Semua sistem menuju ke arah visi, misi & objektif yang sama. EdyBiz merupakan sistem terkini yang melengkapi semua sistem terdahulu. Ia memasarkan produk fizikal secara runcit & borong, produk digital, perkhidmatan & produk keahlian. Kepada mereka yang berminat untuk bekerjasama dengan EdyBiz, bolehlah menghubungi kami. Dimasa akan datang, kami akan terus meningkatkan sistem yang sama dengan mengekalkan nama EdyBiz kerana ia sudahpun merangkumi semua bisnes yang ada di seluruh dunia. VISI Melahirkan usahawan offline dan online yang maju dan berdaya saing hingga ke peringkat antarabangsa. MISI Mewujudkan prasarana dan kemudahan infrastruktur kepada usahawan dalam membimbing serta membentuk mereka menjadi usahawan yang berjaya.




 OBJEKTIF 
1.Mewujudkan masyarakat peniaga/usahawan menggunakan medium internet Di EdyBiz, usahawan boleh berkomunikasi secara maya dan saling bertukar-tukar idea menyebabkan masyarakat peniaga/usahawan lebih proaktif dalam mencari peluang perniagaan dengan mudah.
2. Mengadakan e-infrastruktur yang komprehensif supaya usahawan berdaya maju Pelbagai infrastruktur disediakan yang mana ini memudahkan usahawan menyampaikan maklumat perniagaan dengan mudah dan pantas.
3. Merealisasikan aliran ekonomi yang bersepadu Di EdyBiz, pelbagai proses jual beli berlaku samada daripada kami kepada penerbit dan daripada pemasar kepada pelanggan. Ia juga menyediakan pelbagai sumber pendapatan yang boleh di jana melalui medium internet. Ini mampu meningkatkan aliran ekonomi keluarga, setempat dan juga negara.
4. Kemudahan proses urus niaga yang telus Proses urus niaga di EdyBiz yang telus menjadi prinsip asas dalam membina rangkaian usahawan di seluruh Malaysia dan ini mampu meyakinkan pelbagai lapisan manusia dalam melalui proses urusniaga tersebut.
5. Membuka peluang perniagaan yang meluas Kepada mereka yang ingin menceburi dalam bidang perniagaan internet, usahawan yang ingin memperluaskan perniagaan mereka melalui EdyBiz.
Pelbagai peluang perniagaan dibuka kepada pemasar terdiri daripada agen affiliate, agen dropship, pemborong & peruncit manakala penerbit pula terdiri daripada pengilang, pembekal, pengimport & pengeluar.

Founder EdyBiz, Shamsurizam Norsham
Follow FB : http://fb.com/edymart

LIHAT VIDEO TEMUBUAL BERSAMA ASTRO AWANI DIBAWAH NI ;

 


**(INFO DIATAS DIAMBIL SEPENUHNYA DARI 
BLOG EDYBIZ.COM )




 KLIK SINI